Sunday, May 27, 2012

Berubah kepada yang Lebih Baik


Syukur masih ada lagi nafas ini untuk kita melihat indahnya pagi. Sesungguhnya masih ada ruang untuk membaiki apa yang kurang, menambah apa yang tak cukup dan berebah kapada yang lebih baik. Isyaallah.

"Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah tetapi mereka tidak tahu atau tidak nampak keperluan untuk berubah.."

Friday, May 25, 2012

Penawar Hati Yang Duka

PERCAYA TAK KITA? Ketika Allah merindui hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Jangan sedih apabila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.
Jangan sedih apabila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.
Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.
Jangan sedih apabila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain.
Jangan sedih apabila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri.
Jangan sedih apabila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain.
Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah kerana anda tidak pernah mahu memperbaiki diri.
Jangan sedih kerana anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu bangkit kembali.
Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah kerana anda tidak pernah belajar dari pengalaman.
INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar...
Yang buruk selalunya datang dari diri kita sendiri..
Yang baik semuanya datang dari Allah Yang Maha Esa...

Monday, April 23, 2012

Berpegang Teguh pada Al-Qur'an & As-Sunnah

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْــــــــــمِ اللّهِ ارَّحْمَنِ ارَّحِيْمِ

Allah Subhanahu Wa Ta'aala berfirman:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati, Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu di kembalikan”
(QS. Al-Ambiyaa' : 35)

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati-pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh”
(QS. An-Nisa : 78)

Dari Abu Hurairah radiyallahu 'anhu, ia berkata bahwa Rasulallah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Banyak-banyak-lah kalian mengingat kejadian yang akan menghancurkan segala kelezatan yaitu Maut (kematian).”
(HR At-Tirmizi & Ibnu Majah)

Monday, March 26, 2012

Rehatkan Minda...^__^


Renungan Bersama


Perbezaan hukum Allah dengan hukum yang diciptakan oleh manusia


1. Hukum manusia ciptakan ditetapkan oleh kerajaan yang pemerintah, ertinya kekuasaan untuk menetapkan serta menjalankan hukum berada ditangan manusia yang memegang kekuasaan, iaitu manusia atau badan yg memegang kekuasaan tertinggi didalam negara.

VS

Hukum Allah terkandung dlm Al Quran dan As Sunnah, itu bukan ditetapkan oleh manusia, tapi ditetapkan oleh Allah. Dialah yang menetapkan hukum dan mempunyai kekuasaan yang tertinggi dan kedaulatan yang mutlak terhadap manusia. Penetapan hukum oleh para mujtahid, melalui ijtihad mereka, hanyalah merupakan penafsiran terhadap hukum yg kurang jelas,,bukannya sebagai penetapan hukum dalam erti yg sebenarnya, sebab mereka tetap wajib berpegang kepada segala prinsip dan kaidah yg tetap didalam Al Quran dan Assunnah.


Hukum Allah vs Hukum Buatan Manusia


Mengapa umat Islam selalu saja mempermasalahkan hukum apa yang diberlakukan di tengah masyarakat? Mengapa umat Islam tidak boleh menerima saja hukum apapun yang diberlakukan tanpa peduli apakah itu hukum Allah ataukah hukum buatan manusia? Bukankah yang penting adalah law and order alias penegakkan hukum? Apalah ertinya jika dalam suatu masyarakat Islam diberlakukan secara formal hukum Allah sebagai hukum negara namun ternyata secara aplikasi tidak terjadi penegakkan hukumnya? Bukankah keadilan dapat dirasakan masyarakat apabila penegakkan hukum berlaku secara murni dan konsekuen, meskipun hukumnya bukan hukum Allah alias hukum buatan manusia?

Disinilah letaknya komitmen seorang mukmin. Seorang mukmin harus menjawab dengan jujur dan penuh kesedaran. Masyarakat seperti apakah yang ia inginkan? Masyarakat kumpulan hamba-hamba Allah yang beriman dan patuh berserah-diri kepada Allah? Ataukah ia puas dengan berdirinya suatu masyarakat yang terdiri atas kumpulan manusia yang tidak peduli taat atau tidaknya mereka kepada Allah asalkan yang penting masyarakat itu berjalan dengan harmoni tidak saling mengganggu dan menzalimi sehingga semua merasa gembira hidup bersama berdampingan dengan damai di dunia?