Perbezaan Solat & Sembahyang
Ramai umat
Islam pada hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah “Sembahyang”
yang merujuk kepada “Solat” termasuklah saya. Tetapi pada hakikatnya, istilah
“Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur “Syirik.”
... Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu
bukunya, membahas perkataan “Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil
daripada perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa
yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga
diertikan sebagai “menyembah berhala yang bernama Hyang.”
Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya
pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk
kepada “menyembah dewa yang bernama Hyang.” Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang
Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah
“Sembahyang,” terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik”
dalam ibadah mereka.
Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat”
juga diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang
itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.”
Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu
mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!. pergi
“Sembahyang Subuh,” kepada “nak, bangun!. Pergi “Solat Subuh.”
Solat lebih tepat istilahnya. Bagi kita yang
mempunyai kesedaran agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa
berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
lepas ni bile nk solat kena sebut "jom solat" selamat beramal kwn2...huhu
ReplyDeleteinsyaAllah.. =)
ReplyDelete